Oleh sebab saya dah selalu berkongsi tentang set menurunkan berat badan Shaklee, jadi kali ni saya nak berkongsi tentang set vitamin ibu menyusu Shaklee.
Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee ni memang dah terkenal sangat-sangat di Malaysia ni. Memang dah jadi fenomena bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. Alhamdulilah, itu satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa ibu-ibu sekarang semakin ramai yang menyedari kepentingan menyusukan bayi mereka. Saya bersyukur, saya adalah salah seorang daripada insan yang Allah pilih untuk menyusukan bayi saya.
Ramai yang bertanyakan kepada saya, kalau saya ambik set menyusu ni, automatik air susu akan menjadi banyak ke? Saya hanya akan tersenyum sebelum menjawab persoalan ini. Hal ini kerana, sebelum mengambil set vitamin ibu menyusu ini, saya juga pernah menanyakan soalan yang sama. Saya bersyukur kerana dibimbing dengan betul untuk mengambil set vitamin ibu menyusu ini.
Oleh itu, saya suka untuk menegaskan (bukan marah ye...hehe) bahawa vitamin Shaklee ini bukanlah ubat atau tonik ajaib membanyakkan air susu ibu.
Bagaimana vitamin-vitamin ini boleh membantu ibu-ibu menyusu?
Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang menyusukan sepenuhnya Mieya Izzara dan dalam masa yang sama bekerjaya sebagai guru, bagi saya pengambilan set vitamin ibu menyusu ini banyak membantu dalam kehidupan saya seharian. Setelah mengambil set vitamin ini, saya cuba senaraikan kesan positif yang saya sendiri rasai :
- Saya berasa sangat bertenaga dan ceria walaupun pelbagai tugas dan tanggungjawab saya laksanakan sepanjang hari.
- Gastrik yang saya alami sejak zaman anak dara lagi sudah semakin pulih dan hampir tiada.
- Masalah kulit muka berjerawat (dari zaman universiti lagi) sudah sembuh :)
- Berat badan tidak lagi cepat naik walaupun sangat suka makan.
- Masalah Asthma semakin pulih.
- Bekalan air susu buat Mieya Izzara masih ada dan mencukupi (bayi saya berusia 13 bulan 18 hari)
Namun begitu, untuk memastikan pengambilan vitamin ibu menyusu Shaklee ini efektif, saya juga melakukan rutin-rutin seperti di bawah :
- Minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari tanpa culas. Kalau kurang, saya mudah diserang sakit kepala.
- Sentiasa cergas beraktiviti.
- Pam mengikut masa dan jangan tunggu sehingga Miss B bengkak baru nak pam. (saya lakukan sehingga Mieya berusia 6 bulan kerana sekarang saya hanya direct feeding sahaja. Anak kesayangan saya itu menolak botol susu)
- Makan mengikut masa yang teratur dan mencukupi.
- Berzikir, amalan rohani meminta keampunan dan keredhaan Allah agar sentiasa diberikan kekuatan dan peluang untuk menyusukan Mieya Izzara sehingga dia berusia 2 tahun 6 bulan. \
- Sentiasa positif walaupun pelbagai dugaan atau cabaran hidup.
Kalau semua itu dah dilaksanakan, in shaa Allah bekalan susu ibu untuk bayi kita akan sentiasa mencukupi. Jangan stress tengok stok susu ibu orang lain sampai penuh fridge. Yang penting, mencukupi dan perkembangan bayi kita dalam paras normal dan sihat.
Nak penjelasan lanjut? Jangan segan-segan hubungi saya. Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :)
Facebook ~ Mazuin Ahmad
Fanpage ~ Momma Mieya's
Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567
https://vimeo.com/110706388
Saya Puan Mazuin Ahmad adalah pengedar sah Shaklee anda yang berada di Sri Aman Sarawak. Walk in dan COD sangat dialukan untuk kawasan Sri Aman dan sekitarnya.Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan