Menyusukan bayi anda amat banyak faedahnya. Titisan emas khas untuk si kecil anda adalah anugerah Allah untuk kita yang bergelar ibu. Jom pupukkan budaya menyusukan bayi anda sehingga bayi anda berumur 2 tahun untuk generasi yang lebih berkualiti!
Ingin saya kongsikan pengalaman setahun jagung saya menyusukan Mieya Izzara daripada sejak lahir hinggalah ke hari ini, si cantik saya tu dah berusia 25 bulan 6 hari. Apabila saya bertanya kepada Mieya Izzara, bila nak berhenti menyusu mama , dia hanya senyum dan terus menyusu dengan gembiranya. Redha sajalah. Semoga perjalanan dan usaha menyusukan adik Mieya Izzara pun akan dimudahkan olehNya.
Cabaran memang sentiasa ada. Namun tidak pernah terdetik dalam hati saya untuk mengalah. Bekerjaya bukan penghalang. Bagi saya semangat dan keazaman itu penting untuk kita sentiasa fokus dengan target kita. Begitulah yang saya amalkan sepanjang 2 tahun ini.
Ada di antara kawan-kawan yang berkata, saya beruntung kerana dikurniakan air susu yang banyak dan mencukupi. Hakikatnya ialah, selepas beberapa jam melahirkan Mieya Izzara, saya tidak berpeluang untuk terus menyusukan nya kerana dia terus diletakkan dalam Nursery untuk pemantauan doktor (dia dah berak semasa dalam perut dan apabila dilahirkan hanya merengek dan bukan menangis).
Walaupun begitu, saya gagahkan jugak diri menjenguk Mieya Izzara di nursery tu sampaikan nurse tegur suruh saya berehat. Saya terkilan sebab belum menyusukannya lagi dengan susu ibu. Kali pertama tu memang Mieya Izzara belum pandai latching. Saya cuba jugak. Berusaha supaya dia mendapat titisan emas itu secepat yang mungkin. Alhamdulilah, selepas itu memang tiada masalah dalam penyusuan. Yang penting sentiasa positifkan diri.
Selain bayi, apabila menyusukan, ibu - ibu pun akan dapat manfaat nya. Beruntung kan kita sebagai kaum ibu ni.
Cerita indah penyusuan saya dipermudahkan apabila saya mengamalkan vitamin Shaklee untuk ibu menyusu. Bonusnya badan lebih sihat bertenaga dan lebih mudah kembali ke bentuk asal.
Set apa yang saya ambil? SILA KLIK SINI♥♥♥
Nak penjelasan lanjut? Jangan segan-segan hubungi saya. Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :)
Facebook ~ Mazuin Ahmad
Fanpage ~ Momma Mieya's
Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567
Hubungi saya sekarang ♥
Hubungi saya sekarang ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan