Selasa, 24 Disember 2013

Masalah Ketidaksuburan Lelaki

LELAKI

KEKURANGAN SPERMA
Jumlah sperma dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi bilangannya kurang daripada 15 juta setiap mililiter air mani.
Keadaan tiada langsung sperma di dalam air mani dipanggil azoospermia. Punca kekurangan atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin atau bengkak buah zakar disebabkan masalah benguk (mumps).
Selain itu, saluran air mani yang mengalir daripada kilang testis boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani.

CARA MENGATASI

Tingkatkan imuniti –Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.
Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh pyramid makanan.
Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.
Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.

Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.



Nak penjelasan lanjut? Jangan segan-segan hubungi saya. Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :) 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's


Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Hubungi saya sekarang ♥






Tiada ulasan:

Catat Ulasan