Ahad, 9 Mac 2014

Nota buat kaum bapa



Nota buat kaum bapa (khasnya kalau anda masih ada anak menyusu ibunya)

♡ Hargai isteri anda kerana memilih untuk menyusukan zuriat anda berdua. Ucapkan terima kasih kerana sekiranya anda tahu apa yang isteri anda lalui, anda mungkin tidak mampu menggantikan tempatnya.

♡ Beri perhatian ~ mungkin anda terasa hati kerana perhatian isteri anda banyak tertumpu pada bayi anda. Namun belajar untuk redha. Bayi anda takkan selamanya menjadi bayi. Masa berlalu tanpa anda sedari. Luangkan masa berkualiti bersama.

♡ Jangan merungut jika isteri anda selalu mengadu lapar. Menyusukan bayi banyak membakar kalori. Lapangkan hati membancuh walau secawan ESP. Usaha yang nampak kecil amat besar maknanya pada si isteri.

♡ Perkahwinan adalah satu perkongsian suka dan duduka. Hargai satu sama lain. Belajar untuk lebih banyak memberi daripada menerima.

♡ Bimbing dan didik isteri dan anak-anak anda agar menjadi insan yang hatinya sentiasa dekat dengan Allah.

♡ Doakan mereka di dalam setiap sujudmu.

♡ Don't took your wife and kids for granted.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan