Rabu, 3 September 2014

September ~ bulan penuh cinta ♡♥♡

Hari ini tinggal 20 hari menuju tarikh 23 September 2014. Pelbagai peristiwa manis berlaku pada tarikh istimewa itu.

23 September



♥ (2012) hari pertama saya bergelar mama kepada Mieya Izzara. 6.22 a.m.

♥ (2012) Hari pertama menyusukan Mieya Izzara.

♥ (2013) genap setahun menyusukan Mieya Izzara secara eksklusif.

♥ (2014) In shaa Allah genap 2 tahun menyusukan Mieya Izzara.

Menyusukan Mieya Izzara telah menemukan saya kembali dengan Shaklee. Pertemuan kedua yang membuat saya jatuh cinta hingga ke hari ini.

Dengan izin Nya, hati terbuka untuk memberikan yang terbaik buat Mieya Izzara. Perjalanan menyusukan yang penuh warna warni. Peluh dan air mata lenyap apabila melihat buah hati membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.

Terkenang memori mengendong beg dengan alatan pumping ke bilik kelas pemulihan sekolah, mengorbankan masa senggang yang ada demi memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi.

Terkenang pengorbanan seorang ibu. Tak hairanlah walau sebanyak mana jasa kita kepada ibu, tidak mungkin akan dapat membalas pengorbanan seorang ibu. Terima kasih mak.

Semoga sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan dalam mendidik dan mengasihi amanah Allah ini sebaiknya. Jadilah muslimah yang solehah, bahagia dunia akhirat.

Mama loves Mieya Izzara so much ♥♡♥

Ingin mendapatkan konsultasi penyusuan eksklusif secara percuma? Dapatkan set breastfeeding Shaklee anda daripada saya sekarang ♥

Disertakan bersama jadual pengepaman, jadual pemakanan vitamin dan menu untuk ibu menyusu.

Pengedar Sah Shaklee anda yang berpengetahuan dan berpengalaman,

Mazuin Ahmad
0105922567
ID 892182


Tiada ulasan:

Catat Ulasan