Ahad, 9 November 2014

Bayi semuanya comel!

Selepas Che Ta bersalin, saya merupakan salah seorang ibu yang sangat mengagumi kecomelan anak Che Ta. Sampailah satu ketika saya terbaca komen seorang hamba Allah, semua bayi memang comel. Terus teringat kali pertama melihat bayi saya sendiri 2 tahun yang lalu. Memang satu keajaiban yang maha Besar.

Ye..bayi saya memang comel. Tak kisahlah kalau masa tu ada yang kata bayi saya agak 'tinted' sikit berbanding saya dan babahnya yang ada keturunan cina tu. Komen-komen begitu sedikit pun tak mengurangkan kasih sayang saya pada Mieya Izzara,  malah semakin kuat sayang dan cinta saya padanya.

Dialah penawar hati...penyejuk mata dan penghibur setiap saat dan ketika. Walaupun tinggal beberapa minggu lagi adiknya akan lahir, Mieya Izzara tetap nombor satu di hati mama dan babah.

Semoga membesar menjadi insan yang solehah cintakan agama, berakhlak mulia..bahagia dunia akhirat ya sayang ♥




Tiada ulasan:

Catat Ulasan