|
Mieya Izzara 2 tahun 2 bulan |
Selamat ulang tahun yang kedua. Tarikh 12 Disember 2012 adalah hari pertama blog saya ini mula berbicara. Masa tu merangkak-rangkak belajar cara nak berblog. Tanya kawan-kawan, rujuk dengan Mr. Google. Alhamdulilah terlahirlah blog yang serba sederhana dengan perkongsian dari hati.
Masa buat blog ini, saya masih dalam pantang bersalinkan Mieya Izzara. Gigih nak berblog sebab dah mula ber Shaklee. Ini salah satu cara untuk saya berkongsi kisah saya dan Shaklee agar lebih ramai orang menghargai kesihatan mereka secara Semulajadi.
|
Mieya Izzara selepas 44 hari berpantang
Genap 2 tahun, sekarang saya sedang menghitung hari bersalin anak yang kedua. Semoga semua dipermudahkan olehNya. Doa daripada keluarga dan kawan-kawan yang mengikuti blog saya ini amatlah saya hargai.
Andai ada perkongsian saya di sini yang tidak menyenangkan hati mana-mana pihak, ampun dan maaf saya pohonkan.
Minggu depan saya kena bersalin jugak sebab ada GDM (terkawal). Berdebar menunggu 18.12.2014. Semoga saya dapat bersalin secara normal dan dipermudahkan segalanya. Aminn..
Kedai Shaklee saya tetap beroperasi seperti biasa. Segala persoalan, pesanan boleh dihantar seperti biasa pada nombor 0105922567. Saya akan berusaha menjawab mesej anda secepat yang mungkin.
Terima kasih atas sokongan anda selama ini.
PS ~ Jangan lepaskan peluang untuk merebut offer terbaik Shaklee bulan ini. Dapatkan Vitamin E, Vitamin C dan Shaklee Collagen Powder pada harga offer sekarang! Memang berbaloi-baloi! Mana tahu anda akan dapat keahlian percuma?
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan