Entry khas untuk anak lelaki tersayang yang dua tiga hari ni susah sangat nak berjauhan dengan mama. Bukan jauh mana pun. Nak pergi mandi, makan, pergi tandas dan lain-lain lagi memang akan meraung lah si kecik tu. Manja sangat.
Rayyan Bazil lahir pada 19 Disember 2014. Hari Jumaat pukul 4:56 pm setelah hampir 9 jam mama menahan sakit. Alhamdulilah, dia lahir secara normal dengan berat 2.62 kg. Walau pun hari ke 3 kami berdua kena masuk wad lagi sebab Rayyan ada demam a.k.a suhu badannya naik sedikit gara-gara dibedung oleh mamanya ni. Bacaan kuning Rayyan 11.4 juga agak tinggi bagi bayi yang lahir dengan berat di bawah 3 kg.
Setelah 3 malam di wad, mama berjaya memujuk doktor untuk membenarkan kami balik ke rumah. Dah rindu sangat dengan Mieya Izzara masa tu. Demam kuning Rayyan pun dah semakin menurun dan cuma memerlukan pemantauan 2 hari sekali. Tak kisahlah asal dapat balik rumah. Duduk lama-lama dalam wad boleh stress mama ni.
Semoga permata hati mama Mieya Izzara dan Rayyan Bazil akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Mama bertuah dikurniakan kamu anak-anak syurga mama.
Mama kami Pengedar Sah Shaklee dan pengguna tegar Shaklee.
Nak sihat secara semulajadi dan berkesan serta selamat, hubungi mama kami ya.
Puan Mazuin Ahmad
010 5922567
Tiada ulasan:
Catat Ulasan