Memaparkan catatan dengan label set hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set hamil. Papar semua catatan

Rabu, 19 April 2017

Berpantang 'moden' gara-gara anak dapat kuning

Terima kasih kepada team Supermom Shaklee Story atas perkongsian yang amat hebat ini.

TESTIMONI 025 : YAYA ABD ARIS

Assalamualaikum.. Saya Yaya.. Ibu kpda sorg ank.. Sy nk buat testi sndri pasal Esp & Set Pantang Shaklee.. Mcm mana sy blh jatuh cinta & percaya dgn produk Shaklee ni..



Masa tahun 2013 sy baru tahu pasal kewujudan Shaklee ni.. So,sy pon Tanya dgn Kak Aziyana masa tu pasal esp.. Tujuan sy semata2 nakkan tenaga masa mengandung n masa bulan puasa.. Saya bli esp shja masa tu.. Sepanjang saya minum, sy rasa perubahan pada diri saya.. Dahla blh buat resipi sndri..mcm2 sy try buat,semua sedap.. X rasa lapar Sgt..mampu untuk buat kje lagi.. Tp masa tu sempat skjap je dlm bulan puasa sbb nk habis da..(Sbb masa tu x terfikir nk tambah lagi)

.

Lpas bersalin, saya beli full set berpantang Shaklee.. Tp masa tu brg dpt lambat..da seminggu lbih bersalin baru dapat set Shaklee.. 100% mkn Shaklee shja..x mkn Jamu pon sbb masa tu baby sy kne kuning.. Nak cite pasal kuning baby ni, anak sy masa hari ke-3 camtu kne kuning. Sy x blh mkn Jamu, sbb panas. Mak sy suh minum air susu kambing yg piau tu ok..fuh! Kembang jgk la nk menelannya..sy kne minum air pegaga..mcm2 la kene mkn..tp kuning baby ttap x turun..😥.. Bila Shaklee smpi je terus sy x minum semua tu sbb loya tekak nk telan dah..

.

Sy mkn je Shaklee, next appt MasyaAllah..tekjut sy terus turun mendadak..doc kata tak payah amik darah da.. Doc Tanya sy mkn ape, sy ckp mkn Shaklee..die kata oooo..gud2! Teruskan mkn! 😀 Syukur Alhamdullilah..klu x sedih saya tgk tgn baby yg kecik tu kne amik darah.. Dah la payah nk Cari urat.. Hmm..
Lpas tu, part sy pulak Alhamdulillah nak membuang tersgt la mudah.. Lega je..

Hihi..rahim cepat kecut, luka Alhamdulillah cepat baik.. Dan yg ketaranya kulit sy masa mngandung jd hitam disesetngah tmpat terus hilang..jd sekata dah..smpi adik Ipar dok tnya2 mkn ape..hihi.. Kuku jd kilat n pink2 gitu..rmbut kurang gugur, badan rasa bertenaga, x lesu la.. Susu badan Alhamdulillah melimpah ruah.. Kdang tu asik kne tukar baju je.. Ermm..

.

Dan yg paling2 sy suka Berat badan sy turun .. Padahal sy mkn jgk nasi..mngkin sbb pembuangan toksin yg lancar.. So,berat badan sy maintain. Bila 1st time cek Kat klinik, nurse tu smpi suruh saya timbang lg skali die nk tgk..sbb turun bnyak.. Smpi die kata, klu camni die pon nk mngandung lg..xyah risau Katanya..hihi..

Bila da Ada pngalaman sndri mcm ni kan, kita x takut nk share dgn org lain..dalaman yg pling penting untuk kita jaga.. Alhamdulillah skrang da 34 minggu..da siap da beli set Shaklee awal2... ESP beli lebih untuk minum waktu pregnant ni..HB ok..normal..11 ke atas..semua ok..

 Alhamdulillah..


Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Sabtu, 9 Januari 2016

Tiada lagi tangisan semasa buang air besar masa berpantang

Terima kasih kepada Supermom Shaklee Story atas peekongsian yang bermanfaat ini.

TESTIMONI 014 : DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB

Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.



Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)

.

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.

.

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.

.

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.

.

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

.

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.

.

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.

.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!

Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Khamis, 7 Januari 2016

Berat badan naik selepas bersalin bukan lagi satu masalah!

Terima kasih kepada team Supermom Shaklee Story atas perkongsian yang amat bermanfaat ini.


TESTIMONI 023 : AINUL FADZILAH

BERAT SENANG TURUN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum . Saya Ainul Mustafa ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi pengalaman saya makan set hamil dan berpantang Shaklee

Semasa melahirkan anak pertama, saya belum berjumpa Shaklee. Sepanjang hamil berat naik 13kg dan selepas habis berpantang 44 hari berat hanya turun 9kg.

Anak pertama saya sudah 1 tahun pun berat saya susah sangat nak turun. Pelbagai cara , product saya guna tetapi hasilnya kurang berjaya malah akibatnya berat makin naik dan susu ibu makin berkurang

Semasa hamil anak ke dua, saya makan set Hamil Shaklee secara konsistent. Alhamdulillah sepanjang hamil tiada masalah dan berat naik 5kg sahaja sepanjang hamil. Tetapi berat anak kedua lebih dari anak pertama.



Dalam tempoh berpantang juga, saya hanya mengambil set berpantang Shaklee. Susu banyak, luka cepat sembuh dan anak saya yang kena jaundice pun cepat pulih.

Paling best sekali, seminggu berpantang berat saya sudah hilang 8kg, Naik 5kg turun 8kg. Habis sahaja berpantang berat saya makin turun malah lebih kurus dari sebelum hamil

Sekarang anak sudah 1 tahun pun berat masih boleh lagi maintain, susu pun masih meriah.

Set hamil dan berpantang yang menjadi pojaan ramai wanita sekarang.

Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Jumaat, 1 Januari 2016

Eczema tiada, ibu dan bayi gembira!

Terima kasih kepada Team Supermom Shaklee Story atas perkongsian yang bermanfaat ini.


TESTIMONI 51 : NIK ROSHADYLA ROSLAN

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Saya Dyla, mama kepada 4 cahayamata iaitu 2 perempuan dan 2 lelaki.
.
.
Pengalaman anak ke-2 pada tahun 2009 yang disahkan g6pd dan ada masalah ekzema menjadi punca saya cuba produk Shaklee ☺
.
.
Mula kenal Shaklee tahun 2012 dengan Set Hamil Trimester 2&3. Masa tu memang nak sangat cuba dan usaha dengan produk Shaklee ni sebab tak nak anak yang ke-3 nanti ada masalah ekzema jugak.
.
.
Masa anak ke-2 tu, tanda-tanda ekzema keluar masa dalam tempoh berpantang. Sayu hati bila kulit yang lembut, putih & gebu dulu dah bertukar jadi merah-merah. Bila time panas jek, menggaru-garu. Macam tak boleh berpeluh, kalau berpeluh lagi teruk. Banyak aktiviti luar rumah terpaksa di hadkan.
.
.
So, untuk berpantang anak ke-3 ni sebarang jamu memang tolak tepi. Doktor pun ada bekalkan vitamin masa anak ke-2 dulu.
.
.
Selepas rasa sendiri Set Hamil Shaklee tu, banyak sangat perubahannya, yang paling best badan bertenaga, hilang kejang kaki, hilang sembelit, bangun pagi pun senang walaupun kerap ke toilet, tidak mudah penat bila di tempat kerja dan malam plak ke kelas pengajian luar kampus walaupun tengah hamil. Memang terbaik!
.
.
Alhamdulillah.... anak ke-3 tiada masalah ekzema dan kulit pun cantik dan berjaya menyusukannya sehingga usia 2 tahun, hanya dengan vitamin Shaklee.
.
.
Anak ke-4 pula, memang mengamalkan vitamin Shaklee dari awal kehamilan hingga sekarang usianya 6 bulan. Alhamdulillah dapat menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertamanya. Hanya dengan Set Menyusu Premium Shaklee. Memang terbaik sebab ia menyeluruh dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi mama dan baby.
.
.
Alhamdulillah... yang paling penting tiada lagi masalah ekzema yang merisaukan. Kulit pun alhamdulillah cantik.
.
Syukur!

Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Rabu, 30 Disember 2015

Selamat tinggal Makeup Opera!

Kredit kepada Supermom Shaklee Story atas perkongsian  yang bermanfaat ini.

TESTIMONI 44 : ZARITAA BT MAT SALEH
..
Assalamualaikum... nama saya Nor Zaritaa bt Mat Saleh , berusia 31 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Semasa mengandungkan anak ke dua, suami menegur kulit saya banyak bintik-bintik hitam (jeragat) dan mengesyorkan saya menggunakan produk kecantikan untuk memutihkan dan  menghilangkan jeragat.. Oh tidakkk!!! Saya betul-betul sentap kerana suami saya bukan lah jenis yang suka komen...Tapi seandainya dia memberi komen maksudnya perkara tersebut benar-benar serius. Mulanya saya buat endah tak endah kerana saya fikir mugkin alahan masa mengandung.
..
Tapi dalam masa yang sama, ada juga saya risik kawan-kawan ditempat kerja dan mereka sarankan agar saya buat rawatan muka.... uhhh...lg saya tertekan sebab saya tak ada masa nak buat rawatan muka. Lama kelamaan saya buat endah tak endah je dengan masalah kulit saya. Mungkin kerja saya yang banyak terdedah kepada matahari buatkan kulit saya berjeragat. Lagi pula, saya tak pakai apa-apa protection untuk kulit. Hanya pakai pencuci muka yang dijual di pasaraya dan bedak compact. Keadaan ini membuatkan kulit saya makin teruk dan berminyak terutamanya menjelang tengahari.
..
Selepas bersalin, saya ingtkan  kulit muka saya akan pulih. Tapi makin teruk. Dahla berjeragat, kulit menjadi kering sehinggakan kalau saya pakai bedak compact nampak tak sekata dan menggerutu....Mujurlah cuti bersalin 3 bulan. Jadinya saya tak keluar sangat kecuali ada urusan penting. Masalah kulit masih berlarutan sehingga bulan ke dua selepas bersalin. Masa tu baru saya teringat yang saya ada beli VITAMIN C shaklee (dalam set berpantang).Saya mula makan setiap hari dan bersama-sama ESP. Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. Kulit saya tak lagi kering tapi jeragat masih ada. Saya malu dengan suami.Setiap kali kalau nak keluar dengan suami, saya akan ambil masa yang agak lama untuk bermakeup.... tapi hasilnya mcm opera cina kata suami.....putih bedak sesaje.... Kecik hati saya...
..
Sebelum mula kerja selepas cuti bersalin saya beli foundation.  Mula-mula pakai macam ok, tapi lama kelamaan  muka saya jadi berminyak. Ini menyebabkan jeragat bertambah banyak. Walaupun saya cuba tutup dengan bedak masih boleh nampak jika muka mula berminyak. Jalan terakhir, saya beli VITAMIN E atas nasihat kakak kesayangan Kak Suhaila kat tempat kerja.Siap saya tunjuk lagi jeragat-jeragat yang bertempek kat muka. Kebetulan masa tu VITAMIN E tengah promosi. Jimat duit . Dalam masa yang sama, saya juga gunakan NUTRIWHITE CLEANSER yang saya dapat percuma dari pertandingan yang saya sertai. Jadinya saya menggunakan ikhtiar dengan ESP, VITAMIN C, VITAMINE dan NUTRIWHITE CLEANSER tu serta tawakal kepada Allah.
..
Alhamdulillah, setelah makan VITAMIN E beberapa minggu kulit saya tak lagi berminyak pada waktu tengahari. Saya bukan sahaja makan VITAMIN E tu..tapi sapu pada muka juga. Syukur alhamdulillah, walaupun baru beberapa minggu makan VITAMIN E berselang-seli dengan ESP dan VITAMIN C saya nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Kulit rasa lebih licin tak menggerutu seperti sebelum ni dan lembut. Jeragat pun mula nampak pudar walaupun belum hilang sepenuhnya.Kulit muka yang dulu berlubang-lubang akibat parut jerawat dah nampak sekata.


..
Walaupuan saya terdedah kepada matahari tiada lagi garisan kulit terbakar dan yang paling best kalo nak keluar dengan suami... saya tak perlu nak bermakeup tebal-tebal macam opera cina yang dia cakap tu.. adaÄ·alanya saya makeup pun kalau keluar ke tempat berdekatan dengan rumah. Lagi satu.. yang buat saya senyum sorang-sorang bila ada anak murid tegur muka saya nampak 'flawless' ...hehheeh. Semoga saya terus istiqamah bersama vitamin-vitamin saya dan dapat menyelesaikan masalah jeragat yang dialami dengan Izin Allah.

Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Isnin, 28 Disember 2015

Senggugut hilang, period teratur dan wajah makin berseri!

Kredit kepada Supermom Shaklee Story

TESTIMONI 038 : NURUL ZUNORAIN BINTI JAAFAR

Bismillahirrahmanirrahim...
..
Assalamualaikum.
..
Alhamdulillah hampir 3 tahun dah consume vitamin2 shaklee. Bermula dari bujang, berkahwin, mengandung, berpantang, hinggalah menyusukan baby. Setiap peringkat penggunaan ada banyak cerita dan manfaat disebaliknya.
..
Pada tahun 2012 saya mula diperkenalkan shaklee oleh kakak saya sendiri, bila mana saya ada masalah jerawat, period tidak teratur dan mengalami senggugut yang teruk. Dah macam-macam cara saya usahakan untuk menghilangkan masalah tersebut tetapi Tidak berjaya.  Selepas itu kakak saya mencadangkan saya untuk mengambil GLA shaklee.
..
Setelah 3 bulan saya amalkan pengambilan GLA shaklee secara konsisten alhamdulillah, Dengan izin Allah senggugut saya telahpun hilang malah tarikh period saya mulai teratur dan datang tepat pada waktu nya sehingga kini.  Dan saya mulai sedar jerawat yang dulunya silih berganti kian hilang.  Apabila saya merasakan perubahan tersebut saya lebih yakin untuk mengambil vitamin yang seterusnya.  Saya kemudian consume vitamin C dan Vitamin E bagi menghilangkan parut-parut jerawat yang dahulu.
..
Alhamdulillah sekali lagi perubahan yang memberansangkan.  Kulit tangan dan muka saya mulai cerah dan tidak kering seperti sebelumnya.  Saya mula meletakkan kepercayaan pada produk shaklee ini dengan izin Allah. Kemudian saya mengambil ESP bagi mengatasi keputihan.  Alhamdulillah masalah keputihan juga di atasi dengan izin Allah.  Kesemua supplement tersebut sehingga kini saya amalkan.  Dan alhamdulillah selepas berkahwin tidak lama kemudian saya dikhabarkan mengandung anak pertama. Syukurlah kerana diberi rezeki yang begitu cepat.  Ini juga berkat usaha saya memastikan period sentiasa teratur kerana itu petandanya kita subur.  Semasa mengandung saya mengambil pula Vita-Lea, Vitamin B dan meneruskan Vitamin C dan stop Vitamin E dan GLA sepanjang tempoh mengandung.  Syukur
..
Alhamdulillah baby dalam kandungan dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kompilasi sehingga dilahirkan iaitu seberat 3.3kg.  Bayi saya sihat sehingga kini dan semakin montel.  Bagi memastikan bekalan susu badan sentiasa cukup saya masih meneruskan pengambilan vitamin-vitamin shaklee terutamanya ALFALFA.  Lagi sekali syukur alhamdulillah rezeki untuk baby saya melimpah ruah.  Sekarang baby saya nak masuk 5bulan masih fully  breastfeed. Saya siap boleh menyimpan stok untuk bayi kerana sering mengalami lebihan susu. Saya akan terus berusaha agar susu badan saya sentiasa cukup dan berkualiti sehingga
umur baby  2tahun inshaallah.  Sehinggakan doktor menegur anak saya ni terlebih susu ibu..hehe.. Itulah rahsia mengekalkan berat badan yg ideal.


Itu  sahaja saya dapat kongsikan pengalaman saya selama mengambil vitamin shaklee.  Ini  semua dengan izin Allah, kita hanya mampu berusaha mencari yang terbaik buat diri sendiri dan juga family. Selebihnya bertawakallah pada Allah. Moga diberi rezeki untuk meneruskan gaya hidup yang sihat.  Di samping itu banyakkan meminum air masak.
..
Ok sekian dari saya.

Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Tiada lagi masalah sembelit semasa hamil dan berpantang selepas bersalin

Kredit kepada Supermom Shaklee Story

TESTIMONI 037 : SITI RUQAIYAH MOHAMAD ZAID

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Siti Ruqaiyah Mohamad Zaid, dari www.sitiruqaiyah313.blogspot.com. Pada hari ini saya ingin berkongsikan cerita tentang testimoni terhadap diri saya selepas consume makan set haml, set berpantang dan set menyusu Shaklee
.
Komplikasi ketika mengandungkan anak pertama (kejang kaki, kaki bengkak, berat badan bertambah, sembelit)
.
Masa saya mengandung anak pertama, saya mengalami kekejangan kaki, kaki bengkak, mengalami pertambahan berat badan yang sangat banyak.
.
Sebelum hamil, berat badan saya 48kg. Pada ketika hamil, berat badan saya naik 74kg disebabkan saya susah nak kawal pemakanan saya (risau baby dalam kandungan tak cukup zat & nutrisi).
.
Saya juga selalu sembelit. Kadang-kadang 3 hari sekali baru buang air besar. Saya juga mengalami kencing kotor. Setiap bulan mesti kena jumpa doktor sebab kencing kotor saya terlalu teruk.
.
Komplikasi lebih teruk ketika mengandungkan anak ke-2 (kejang kaki, berat badan bertambah, sembelit, tekanan darah rendah, pitam, morning sickness, stress)
.
Masa hamil anak ke-2 ni, komplikasi lagi teruk. Pada awal trimester (3bulan pertama), saya dah mula kejang kaki. Berat badan sebulan naik 4kg. Walaupun saya kawal pemakanan saya, tapi tak tahu kenapa, sebulan boleh naik 4kg. Sembelit lagi teruk. Kadang-kadang, dalam bilik air tu, 1-2jam baru boleh keluar.
.
Paling saya tak sangka, tekanan darah saya rendah. Walaupun sebelum saya memulakan satu kerja, saya akan makan dahulu untuk bagi tenaga,tapi saya masih rasa pening kepala. Tengah-tengah masak tiba-tiba rasa macam nak pitam. Ditambah pula dengan penjagaan anak saya Khaulah Amrina si Mujahidah yang sangat-sangat aktif walaupun perempuan. Saya juga mengalami ‘morning sickness’. Muntah-muntah, loya, stress pun ada.
.
Suami mencadangkan ambil makanan tambahan / supplement yang natural. Sehinggalah suami saya mencadangkan supplement yang diambil oleh isteri kepada kawannya iaitu supplement Shaklee. Sebelum try tu saya search dulu tentang Shaklee.. Dan bila saya search tentang supplement Shaklee nie saya dapat satu keyakinan bahawasanya supplement Shaklee nie memang halal dan semulajadi.. tiada bahan tiruan.. Bila saya dapat keyakinan tu, saya terus cakap dengan husband saya, saya nak ambil Shaklee.. Saya juga sudah mendapat kesedaran bahawasanya badan kita nie memang memerlukan supplement..
.
Sebab tu la kita selalu cepat sakit disebabkan kita kekurangan nutrisi dalam badan.. Tambahan pula masa ni saya tengah mengandung, lagi la memerlukan nutrisi yang banyak dan cukup sebab saya berkongsi dengan baby..
.
Malam tu, husband saya bawa saya pergi berjumpa dengan isteri kawan dia iaitu Master Hadhatina.. Masa saya jumpa ni, kak Hadhatina tengah menunggu masa je nak bersalin, tapi nampak kuat dan bersemangat walaupun dia sudah ada 3 orang anak yang masih kecil.. Kak Hadhatina memperkenalkan saya dua supplement Shaklee iaitu Multivitamin (Vita Lea) yang ada zat besi sebab saya punya HB rendah dan selalu pening kepala maknanya saya kekurangan zat besi.. Dan satu lagi ostematrix iaitu kalsium sebab saya selalu kejang kaki akibat tak cukup kalsium..
.
Nampak perubahan yang positif dan baik. Tiada lagi komplikasi (sihat dan bertenaga)
.
Malam tu jugak sebelum tido saya makan 4 biji ostematrix dan bangun esok paginya Alhamdulillah saya dah tak kejang kaki. Walaupun saya buat banyak kerja macam basuh pinggan, basuh baju, masak, jaga Khaulah si Mujahidah, saya berjalan ke sana ke mari, saya dah tak rasa kejang. Juga tidak rasa sakit sendi tulang. Badan pula rasa bertenaga.
.
Kemudian Esok paginya saya makan vita lea selepas sarapan, Alhamdulillah sepanjang hari saya buat kerja rumah saya sudah tak rasa pening walaupun buat banyak kerja. Malah saya dah tak rasa pitam ketika melakukan banyak kerja atau masak..
.
Bulan depannya baru saya beli B complex, Vita C, Esp dan Omegaguard.. Sejak saya consume set hamil  nie, walaupun saya makan macam biasa, still makan nasi 3kali sehari, tapi berat badan saya tak naik. Kalau naik pun, sebulan 1kg, tak macam awal mengandung (sebulan naik 4kg).
.
Bila pegi check up Alhamdulillah HB saya kembali normal.. Saya juga sudah tidak mengalami sembelit. Sejak mengamalkan supplement ini, sehari 2 kali saya masuk tandas, sekejap sahaja dah boleh keluar. Saya boleh melakukan aktiviti seperti biasa.
.
Cergas dan bertenaga sungguhpun puasa
Alhamdulillah, walaupun usia kandungan saya dalam 33 minggu ke atas ini, walaupun saya berpuasa, badan saya rasa kurang letih, bertenaga, perut tak rasa bunyi, tak rasa lapar, boleh bertahan sampai berbuka puasa.
.
Cerita Sewaktu Berpantang
Alhamdulillah, Saya bersalin betul-betul ikut due.. Saya dah tak payah beli set bersalin sebab set hamil yang saya makan tu pun set berpantang dan juga set menyusu.. Sebab tu saya suka Shaklee, bukan sahaja harganya berpatutan malah menjimatkan..
.
Lepas jer bersalin, saya terus minum ESP dengan roti kemudian makan vita lea, b complex dan vita C..  Selepas makan tengah hari saya ambil omegagurad sebab nak bagi kurangkan rasa sakit pada jahitan.. Alhamdulillah apabila saya makan set bersalin shaklee ni , badan saya  rasa bertenaga, penat tu memang ada tapi kita rasa kuat dan tak lesu..
.
Dan perkara yang paling saya bersyukur dan seronok, hari first bersalin susu badan dah ada.. Tak payah nak kena urut, susu badan dah keluar.. Sebab masa anak first dulu hari first bersalin susu tak keluar sebab tu anak saya tak berhenti menangis.. tido pun sekejap je dah bangun..
.
Sehinggakan anak saya kena tahan kat hospital dalam seminggu sebab kuning tinggi sangat.. Tapi anak kedua nie, Alhamdulillah sehari bersalin dah boleh keluar hospital sebab saya dan baby sihat serta baby pun tak kuning masa dekat hospital.. Lepas 3 hari keluar hospital nurse ada  datang melawat saya dan baby.. Nurse sendiri pun tak pasti anak saya kuning ke tak.. Sebab nurse tak nampak kuning pun kat badan  anak saya..
.
Masa pantang anak kedua nie, seronok sebab dah la badan bertenaga pastu baby tak kuning, tido lena pulak tu.. Saya pun cukup rehat.. Sebab tu  3 hari pantang saya dah rasa bertenaga dan aktif..  Lepas 2 minggu pantang, baru saya makan alfalfa.. Makin bertambah susu badan saya.. sekali pam dua botol penuh.. Allahuakhbar.. berbeza sangat masa pantang anak pertama.. Susu badan saya pun pekat, sebab tu baby saya tido lena..
.
Syukur, masalah saya ketika hamil, berpantang dan juga masalah susu badan untuk anak saya yang kedua ni dapat di’settle’kan dengan consume makan set hamil, set berpantang  dan set menyusu Shaklee, dengan izin Tuhan. Anak saya makin hari makin tembam, tapi tak pe yang penting dia sihat dan cukup minum dan cukup zat.. Saya pun menjadi cergas dan bertenaga.. Alhamdulillah..
.
Oleh kerana kesan yang sungguh positif pada kesihatan saya apabila amalkan supplement Shaklee, saya tanpa berlengah masa, terus mendaftar menjadi ahli dan pengedar Shaklee yang sah (ID = 1192906). Saya juga dapat membantu family dan rakan-rakan saya meningkatkan kesihatan mereka dengan memperkenalkan dan mencadangkan  set Shaklee mengikut tahap kesihatan mereka.



Inilah kisah testimoni saya apabila saya consume makan set hamil, set berpantang dan set menyusu Shaklee. Selain dari mengamalkan gaya hidup sihat, makanan seimbang, saya menyarankan dan mencadangkan kepada pembaca, saudara-mara dan rakan-rakan untuk mengambil makanan tambahan  / supplement semulajadi dan bebas kimia (Shaklee terutamanya) untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita, dengan izin Tuhan.

Sekian, Assalamualaikum..


Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722