Memaparkan catatan dengan label Vitamin Mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin Mengandung. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2015

Berat selepas bersalin lebih ringan daripada semasa anak dara?

19 Mac nanti genap 3 bulan umur Rayyan Bazil. Dulu masa zaman anak dara, saya selalu bayangkan lepas bersalin mesti saya akan lebih gemuk. Sebabnya berat saya semasa anak dara pun dah mencecah 74kg. Memang dalam kategori yang chubby dan comel. Hehehe.

My Wedding day 11.3.2011

Alhamdulilah. Apa yang saya bayangkan tu cuma dalam khayalan sahaja. Selepas anak 2, berat saya semakin menurun. Last sekali saya timbang berat saya 69kg. Walau pun cuma berbeza 5kg tapi saya banyak mengalami inch loss. Kehilangan yang tidak saya tangisi. 

Trend berat saya masa mengandung adalah semakin menurun. Masa mengandung kan Mieya Izzara, tahun 2012, appointment kali pertama, berat saya 78kg. Sangatlah berat. Baru 2 minggu rasanya Mieya masa tu. Masa bersalin, berat saya 79kg. So saya cuma naik 1kg sepanjang kehamilan Mieya Izzara. Masa tu belum ambik set kehamilan Shaklee lagi. Lepas bersalin berat saya 70kg. 

Minggu ke 36

Menyusukan sepenuhnya Mieya Izzara, berat saya terkawal dan saya dah mula berjinak-jinak kembali dengan vitamin Shaklee. Ambik ESP, Lecithin dan Alfalfa untuk banyakkan air susu. Alhamdulilah. Air susu sentiasa ada walaupun ngelat jugak nak pam. Bonusnya badan rasa lebih bertenaga, masalah kulit berjerawat semakin elok dan berat naik 2kg je jadi 72kg walaupun makan ya ampun. Selera makan memang sentiasa ada sebab bila menyusukan memang sentiasa lapar.

2014, mengandungkan Rayyan Bazil dengan berat permulaan 72kg. Minggu ke 40, berat saya 75kg. Sepanjang mengandung, berat saya turun dan hanya menaik pada minggu terakhir mengandung. 


Plus ESP dan Mealshakes

Kehamilan kali ini saya makan sepenuhnya set mengandung Shaklee.

2014 Mengandungkan Rayyan Bazil

Nak dapatkan berat badan ideal walaupun selepas bersalin? 
Hubungi saya sekarang ♥ 

Terkini ~ COD Shaklee dengan kawan
masa maktab, Nony Aili


Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 0168579722

Email ~ mazuinak@yahoo.com

Rabu, 26 November 2014

Masalah paras hemoglobin rendah ibu mengandung

Pejam celik dah 37 minggu usia kandungan saya. Alhamdulilah setakat ini semuanya baik-baik sahaja cuma paras hemoglobin darah yang agak menurun daripada 12.7 ke 11.6. Jururawat kata itu situasi normal bagi kandungan trimester ketiga.

Saya berasa lega sedikit apabila jururawat sendiri yang kata begitu. Jadi saya mengambil keputusan untuk menambah dos Vitalea yang saya ambik daripada sebiji sehari ke 2 biji sehari. Awal-awal kehamilan dulu pun saya ada masalah hemoglobin rendah. Tapi selepas mengambil 2 biji vitalea, sebiji B complex dan 5 biji vitamin C Chewable, masalah itu dapat saya atasi.

Apakah vitamin Vitalea?






*Credit to Siti Khadijah bt Awih*

Anda mengalami masalah yang sama seperti saya? Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda.

Penghantaran secara poslaju / bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. COD untuk warga Sri Aman.

Hubungi saya sekarang ♥ 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Email ~ mazuinak@yahoo.com

Isnin, 20 Oktober 2014

Masalah Kulit Ibu Hamil

Sumber : Mingguan Wanita 


♥ 29 weeks ~ Momma Mieya's ♥

Masalah kulit terjadi disebabkan perubahan hormon dan bayi yang anda kandung mula membesar. Biasanya perubahan kulit tidak menyebabkan masalah kesihatan. 

Anda cuma perlu memaklumkan kepada doktor sekiranya mengalami sebarang perubahan. Contohnya,  warna atau saiz tahi lalat, atau sekiranya perubahan pigmentasi berlaku turut disertai kesakitan,  bengkak atau lebam. Antara perubahan kulit berlaku semasa hamil seperti;

Chloasma ( pigmentasi muka dan leher)

Turut dikenali sebagai topeng kehamilan.  Ia kelihatan sebagai tompok-tompok gelap pada dahi, pipi dan leher.  Pada wanita berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok-tompok cerah. Ini disebabkan peningkatan hormon melanin, memberi warna gelap pada kulit.  Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultra violet.

Cara atasi: Lindungilah kulit dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih. Pakailah topi apabila keluar rumah. Tompokan ini akan hilang dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin.

Linea nigra (garisan gelap sepanjang perut)

Garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda. Garisan ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan. Bahagian lain seperti puting payudara,  tahi lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami perubahan pigmentasi. 

Cara atasi : Gosok bahagian ini untuk menghilangkan kulit kering.

Tompokan Merah (Water retention)

Tompok-tompok merah di bahagian muka adalah akibat dari kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan. Mulanya kulit anda berseri dan berlaku peningkatan tahap darah yang  beredar di seluruh badan. Kadang kala membuatkan anda rasa agak panas.

Cara atasi: Jangan cuba kurangkan meminum air kerana badan anda memerlukan banyak air. Sebaliknya berehatlah seberapa kerap yang boleh. Tompok merah yang ada akan berkurangan selepas anda bersalin. 

Jaringan urat (Spider veins)

Kapilari-Kapilari darah (salur darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi. Ia biasa berlaku pasa wanita hamil, terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya. Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu darah dalam dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa anda hamil. 

Cara atasi : Lindungilah muka anda daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan jaringan urat. Urat-urat ini akan hilang setelah tahap hormon anda menjadi stabil semula selepas bersalin. 

Anda hamil dan nak dapatkan vitamin Shaklee anda? 

Hubungi saya sekarang ♥

Pengedar Sah Shaklee anda
Mazuin Ahmad 0105922567 
ID 892182

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's
COD area Sri Aman, Sarawak
Penghantaran secara poslaju / bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. 



Rabu, 3 September 2014

Teman setia ibu yang mengalami alahan semasa hamil

Pengalaman hamil yang kedua ini walau pun alahan tidak seteruk dahulu,  namun tetap memberi kesan kepada penurunan berat badan yang agak banyak. Terpaksa lah berjumpa dietitian. 

Bersama rakan sekolah Puan Wilhelmina Wong.
22 minggu


Pada mulanya memang saya berasa agak leceh nak berjumpa dengan dietitian ni. Bukannya apa, saya bimbang akan di ceramah kerana berat yang di bawah paras ideal untuk usia kehamilan saya ini. Walau bagaimana pun, saya tetap juga menghadap dietitian saya, Miss Shan.

Ternyata sangkaan saya menyimpang jauh daripada apa yang saya fikirkan..hehe..Miss Shan sangat supportive dan memahami ibu hamil yang tengah sensitif seperti saya ini. Daripada penerangan beliau, saya dapat belajar banyak benda. Saya amat terkejut kerana selama ini saya selalu memikirkan bahawa saya terlebih makan. Rupa-rupanya terkurang makan. Kalori yang sama ambik amat tidak mencukupi keperluan saya dan bayi..huhuhu..

Miss Shan bertanya tentang jadual pemakanan saya seharian. Apabila tiba part ESP,  beliau menggalakkan saya mengambil ESP kerana kandungan nutrisi nya yang dapat memenuhi keperluan saya.



Jujur saya katakan bahawa ESP banyak membantu memberikan tenaga kepada saya sepanjang kehamilan ini. Loya - loya dan muntah saya cover balik dengan mengambil ESP bersama vitamin Shaklee yang lain. 

Alhamdulilah,  kehamilan kali ini lebih mudah dan ceria sehingga kan ada sahabat yang menegur, macam tak hamil je. Mood, muka dan kesihatan,  semuanya dalam keadaan yang baik. Semoga berterusan.

Anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee? 

Hubungi saya sekarang ♥
Pengedar Sah Shaklee anda
Mazuin Ahmad
0105922567

#24weeks


Khamis, 10 Julai 2014

Kekal bertenaga semasa hamil dan berpuasa + menyusukan!



Sinambungan buat test gula semalam. Ingatkan dapat results terus. Kena ambik seminggu lagi. Doakan semuanya ok.

Mak yung puasa macam biasa hari ni. Alhamdulilah bersahur dengan ESP dan air tembikai susu. Makan sebiji telur rebus dan 2 sudu mi goreng. Ditutup dengan 3 biji kurma. Lupa pulak, seperti biasa telan vitamin B complex dan Vitalea.

Walaupun badan kadangkala agak lemah, namun mak yung syukur diberi kekuatan untuk berpuasa. Aktiviti kerja hakiki seperti biasa. Petang ada kelas tambahan. Berkhidmat untuk negara, demi anak didik yang nak menghadapi UPSR tahun ini. Semoga 54 orang calon murid saya akan mencapai keputusan cemerlang.

Petang ni plan nak masak. Mak yung sangatlah memilih menu untuk berbuka. Selera belum kembali normal.

Kedai Shaklee mak yung sentiasa beroperasi. Dapatkan konsultasi percuma khas untuk pelanggan kedai mak yung.


Mazuin Ahmad
0105922567

Rabu, 2 Julai 2014

Pengalaman Kedua yang sangat indah

Cinta hati mama & babah


Alhamdulilah. ..Diberi rezeki dan kesempatan oleh yang maha Pemberi untuk merasa berpuasa dan hamil buat kali kedua. Awal lagi dah pasang niat dan berdoa agar dapat berpuasa penuh tahun ini. Semoga diberikan kekuatan dan kudrat untuk menyempurnakan segala ibadat.

Mengandung kali ini memang banyak bezanya. Alhamdulilah lebih sihat dan bertenaga berbanding ketika mengandungkan Mieya Izzara dulu. Tidak pernah saya menyesal kerana mengenali dan jatuh cinta dengan Shaklee. Walaupun mengalami alahan,  namun tidak seteruk dahulu. Saya masih dapat makan makanan lain untuk menggantikan pengambilan nasi yang saya masih jarang dapat saya telan.

Paling seronok apabila paras Hb dah semakin cantik. Sejak zaman anak dara, paling cantik hb pun 11.0 dan selalu kena reject bila nak derma darah...huhuhu... Check kali pertama, hb 12.7...tersangatlah happy. Memang nurse tu hairan kenapa lah ibu ni senyum-senyum sorang.

Awal hamil ambik 2 biji Vitalea dan 2 biji B complex. ESP dan mealshakes sarapan wajib. Ostematrix ambik sebelum tido. Ada orang tanya saya, rajinnya telan vitamin macam-macam jenis. Jawapan saya, inilah pengorbanan seorang ibu. Masa inilah saya mengenang jasa dan kasih sayang ibu saya :') Dengan selera makan tak menentu, saya kena mencukupkan keperluan zat saya, Mieya dan my unborn child sewajarnya. Pilihan saya adalah Shaklee. Pengalaman dengan Mieya, saya cuma ambik vitamin yang hospital bekalkan. Paras hb saya memang pada paras bahaya. Dengan alahan yang teruk :(

Alhamdulilah..kali ini semuanya dimudahkan olehNya. Semoga saya berjaya puasa penuh tahun ini. Amin.

Nak cergas dan sihat semasa hamil seperti saya?
SMS/Whatsapp saya sekarang. Nak call pun boleh.

Mazuin Ahmad
010-5922567

Saya jual Shaklee & Pengamal Tegar Shaklee.

I Love Shaklee no matter what :)

Sabtu, 8 Mac 2014

Nutrisi semasa kehamilan

Pada awal kehamilan,  pelbagai tips dan petua telah dikongsi oleh ibu-ibu di sekeliling saya. Tidak kurang kaum bapa juga ligat berpesan itu ini. Alhamdulilah,  saya ada ramai orang yang sayang dan ambil berat. Terhiburlah sedikit perasaan yang begitu fragile semasa hamil. Mungkin sebab keadaan badan yang lemah kerana alahan yang teruk.
Ada yang beritahu jangan makan vitamin yang nurse bekalkan setiap kali pergi check up. Saya tertanya kenapa pulak. Jawapan orang tu nanti anak ko besar susah nanti masa bersalin. Saya tak terima bulat-bulat dan cuba mintak pandangan emak tersayang. Mak kata masa mak mengandung 10 orang anak mak tu, mak tak pernah miss makan vitamin. Saya pun dengan gembira nya ambik vitamin yang nurse bagi tu tanpa culas.
Namun dugaan masa mengandung,  saya mengalami alahan teruk, berat turun setiap bulan dan paras hb pun rendah. Masa ni saya memang dah kenal Shaklee. Dek alahan yang teruk, apa pun saya tak ingat. Lagi pun sepanjang mengandung saya memang tak dapat tengok skrin laptop atau fon lama-lama. Memang akan muntah teruk. Maka hampir 9 bulan lebih lah saya tidak ber fb. Kawan-kawan ramai yang tidak tahu saya mengandung kecuali yang rapat dengan saya dan keluarga terdekat sahaja. Anak kedua nanti saya akan ambil sepenuhnya shaklee semasa hamil :)

Kalau sayang kan anak dalam kandungan tu, ibu-ibu kena rajin makan vitamin. Sebab pemakanan kita sekarang amatlah tidak seimbang dan berkhasiat. Amalkan seumur hidup lagi bagus. Yalah sekarang ni wanita kan super woman. Multitasker :) 

Status seorang doktor. Jangan pandang remeh ye!



Nak dapatkan vitamin Shaklee?  Hubungi saya sekarang! Konsultasi berterusan untuk anda pelanggan tersayang ♥

Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :) 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Saya Puan Mazuin Ahmad adalah pengedar sah Shaklee anda yang berada di Sri Aman Sarawak. Walk in dan COD sangat dialukan untuk kawasan Sri Aman dan sekitarnya.

Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.


Ahad, 30 Disember 2012

Aku Nak Kurus... tapi jadi 'Gemuk' :)

Alhamdulilah,genap 9 bulan usia perkahwinan kami,aku disahkan hamil. memang tidak menduga kerana selepas kahwin setiap hari aku berdoa agar Allah mengurniakan zuriat buat kami. Setelah menunggu selama 9 bulan, aku hampir putus asa..mungkin belum rezeki...namun dorongan dari sayang, keluarga dan rakan menguatkan aku. jangan stress pesan mereka..so aku pun cuba mengalihkan tumpuan aku kepada perkara lain..seperti bisnes online...suatu hari tertengoklah iklan schoolmate ku di Miri dulu tentang Shaklee..produk menurunkan berat badan...terus pm Azrin Mohd (beliau dah tahap Master, congrats!) tanya macam2 dengan rin...soalan pertama ku..ganggu hormon tak sbb aku plan nak preggy..rin cakap tak...sbb shaklee ni semulajadi,dijamin selamat) so aku pun belilah cinch shake, lecithin dan herb lax..rin tanya,tak nak jadi member ke..aku rasa tak bersedia lagi sbb baru pertama kali ambik shaklee...nak tengok dulu kesannya macam mana...tak pernah ambik slimming produk sebelum ni..sbb aku belum obese sangat...awal2 obese je...hehe...tapi bila lambat nak mengandung,buat aku terfikir,mungkin sebab berat badan yang tidak ideal itu yang menyukarkan nak lekat..so bermula lah jadual pemakanan aku yang baru..tak susah sangat sebenarnya sebab semua meal tak boleh skip :) tapi kena kawal kuantitinya..kira-kira selepas sebulan ambik set shaklee tu, berat aku yang selama ni liat nak turun dah mula kurang dalam 2 - 3kg..kawan -kawan pun ada yang menegur..hehe...habis je set tu,aku belum sempat nak order lagi sebab aku mula rasa tak sihat..rasa pening dan pitam..selera makan makin berkurang dan semua bau adalah busuk bagiku...rasa hairan..hubby dah ajak check..aku jawab,tak nak lah sebab dah selalu check...buat sedih je tengok single line memanjang..lepas period lewat 6 hari,aku pun setuju nak check...gi farmasi beli dan balik rumah...sepanjang jalan bagitau hubby,kalau negatif macam mana...bersedia je lah untuk semua kemungkinan...masih ingat tarikh tu, 15 Januari 2012..hari Ahad..sampai di rumah terus gi check...tunggu beberapa minit...double line muncul dengan jelasnya...aku gosok2 mata...terus bagitau hubby...hubby pun happy sangat macam aku...Alhamdulilah..yang kami tunggu2 selama ini jadi kenyataan...bermulalah episod mengandung yang penuh dugaan..yang aku ralat sangat adalah aku tak tahu pun shaklee ada vitamin untuk ibu mengandung..sebab sepanjang mengandung aku mengidam teruk dan nak online pun memang tak larat...azrin pun tak tahu aku hamil..kalau tak memang dia dah suggest aku ambik vitamin shaklee untuk ibu hamil...aku yakin kalau aku ambik vitamin shaklee mesti aku tak seteruk itu mengidam..berat badan makin turun sebab kurang makan..kalau makan pun muntah..hb darah pun sama..pernah mencecah paras 9.0 je...muka pucat,lemah..doktor tambah dos iron tablet yang aku ambik...aku cuma bergantung dengan vitamin yang klinik bekalkan...memang tak pernah tinggal sebab memikirkan baby yang tersayang..aku tahu aku tak makan dengan sihat..sebab tak larat nak makan untuk dimuntahkan...sampai lah dimasukkan ke wad 3 malam sebab dehidrasi yang teruk...keluar wad pun sebab beria mintak dari doktor...tak suka duk wad!Selepas 41 minggu yang penuh suka duka pahit manis,lahirlah puteri kesayangan kami Mieya Izzara binti Razis dengan berat 3.1kg...Alhamdulilah...

Moral of the story: Ibu-ibu preggy,buat lah pilihan yang bijak semasa memilih vitamin untuk kehamilan..sebab  tubuh kita mempunyai keupayaan yang berbeza untuk menyerap nutrien..pilihlah yang semulajadi seperti shaklee..yang amat mudah diserap tubuh dan paling penting, sentiasa berkesan, selamat dan semulajadi.

CADANGAN SET:


~ sms/call 010-5922567 Momma Mieya untuk pesanan/pertanyaan....pasti ada tawaran harga istimewa untuk anda disamping konsultasi yang berterusan secara percuma!