Memaparkan catatan dengan label ibu hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu hamil. Papar semua catatan

Rabu, 12 November 2014

GDM ~ Diabetic semasa hamil

Hari ini kena buat ujian darah 7 point sugar setiap dua jam bermula pukul 8 pagi. Sebenarnya saya dah buat test minum air gula masa minggu ke 18, bacaan 7.9. Doktor kata berisiko untuk mendapat diabetes semasa hamil. Ditambah lagi dengan sejarah keluarga (emak) yang ada diabetes,  maka bermulalah episod buat ujian itu untuk di review oleh doktor pada hari esoknya (13.11.2014).

Inilah tools yang diperlukan untuk buat ujian tu.

Bacaan gula saya sehingga pukul 5 pm

8:00 am = 4.1 (sebelum makan)
10:00 am = 5.7 ( selepas makan)
12:00 pm = 4.6 (sebelum makan)
2:00 pm = 5.1 (selepas makan)
5:00 pm = 4.8 (sebelum makan)

Alhamdulilah. ..semuanya dalam bacaan normal. Selepas MOGTT hari tu, saya cuma mengamalkan diet control dan sentiasa konsisten dengan supplemen Shaklee untuk ibu mengandung.

Sasaran Kawalan

Rujukan ~ buku panduan yang disertakan bersama test kit

Saya amat mengambil berat tentang ini kerana ia boleh memberi risiko kepada bayi dalam kandungan. Oleh sebab itu, saya akan sedaya upaya memastikan makanan yang saya ambil adalah seimbang,  bersenam ringan dan minum banyak air kosong. 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Email ~ mazuinak@yahoo.com

Hubungi saya sekarang ♥



Selasa, 11 November 2014

Sakitnya sembelit!

Sembelit dan hamil memang sinonim. Apatah lagi pada minggu-minggu trimester kedua dan ke atas. Walaupun dah minum banyak air, makan sayur dan buah-buahan dan pelbagai petua dan tips dibuat, ia akan tetap berlaku.

22 weeks ~ throw back
Saya teruja nak kongsikan tips yang saya sendiri amalkan dan yang penting ia selamat untuk anda dan bayi anda.

Saya memang mengamalkan Ostematrix,  Omega Guard, ESP, B complex, vitamin C Chewable,  vitalea dan Mealshakes sepanjang kehamilan. Namun ada masanya sembelit nak jugak datang kepada saya. Mungkin keadaan perut yang semakin membesar ini yang menjadi puncanya.

Baru-baru ni saya terkena sembelit dan mengalami kecederaan sedikit di bahagian tut...memang pedih.. Alhamdulilah saya tiba-tiba terfikir nak mencuci bahagian luka itu dengan Basic H Shaklee. Dengan serta merta rasa pedih itu hilang dan kesakitan itu tidak lagi saya rasai.

Ini bukan overclaim kerana ini merupakan pengalaman saya sendiri. Nampaknya berpantang nanti kena simpan stok Basic H untuk mencuci apa yang patut.

Basic H Shaklee

Buasir?


Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Hubungi saya sekarang ♥



Rabu, 2 Julai 2014

Pengalaman Kedua yang sangat indah

Cinta hati mama & babah


Alhamdulilah. ..Diberi rezeki dan kesempatan oleh yang maha Pemberi untuk merasa berpuasa dan hamil buat kali kedua. Awal lagi dah pasang niat dan berdoa agar dapat berpuasa penuh tahun ini. Semoga diberikan kekuatan dan kudrat untuk menyempurnakan segala ibadat.

Mengandung kali ini memang banyak bezanya. Alhamdulilah lebih sihat dan bertenaga berbanding ketika mengandungkan Mieya Izzara dulu. Tidak pernah saya menyesal kerana mengenali dan jatuh cinta dengan Shaklee. Walaupun mengalami alahan,  namun tidak seteruk dahulu. Saya masih dapat makan makanan lain untuk menggantikan pengambilan nasi yang saya masih jarang dapat saya telan.

Paling seronok apabila paras Hb dah semakin cantik. Sejak zaman anak dara, paling cantik hb pun 11.0 dan selalu kena reject bila nak derma darah...huhuhu... Check kali pertama, hb 12.7...tersangatlah happy. Memang nurse tu hairan kenapa lah ibu ni senyum-senyum sorang.

Awal hamil ambik 2 biji Vitalea dan 2 biji B complex. ESP dan mealshakes sarapan wajib. Ostematrix ambik sebelum tido. Ada orang tanya saya, rajinnya telan vitamin macam-macam jenis. Jawapan saya, inilah pengorbanan seorang ibu. Masa inilah saya mengenang jasa dan kasih sayang ibu saya :') Dengan selera makan tak menentu, saya kena mencukupkan keperluan zat saya, Mieya dan my unborn child sewajarnya. Pilihan saya adalah Shaklee. Pengalaman dengan Mieya, saya cuma ambik vitamin yang hospital bekalkan. Paras hb saya memang pada paras bahaya. Dengan alahan yang teruk :(

Alhamdulilah..kali ini semuanya dimudahkan olehNya. Semoga saya berjaya puasa penuh tahun ini. Amin.

Nak cergas dan sihat semasa hamil seperti saya?
SMS/Whatsapp saya sekarang. Nak call pun boleh.

Mazuin Ahmad
010-5922567

Saya jual Shaklee & Pengamal Tegar Shaklee.

I Love Shaklee no matter what :)

Sabtu, 8 Mac 2014

Nutrisi semasa kehamilan

Pada awal kehamilan,  pelbagai tips dan petua telah dikongsi oleh ibu-ibu di sekeliling saya. Tidak kurang kaum bapa juga ligat berpesan itu ini. Alhamdulilah,  saya ada ramai orang yang sayang dan ambil berat. Terhiburlah sedikit perasaan yang begitu fragile semasa hamil. Mungkin sebab keadaan badan yang lemah kerana alahan yang teruk.
Ada yang beritahu jangan makan vitamin yang nurse bekalkan setiap kali pergi check up. Saya tertanya kenapa pulak. Jawapan orang tu nanti anak ko besar susah nanti masa bersalin. Saya tak terima bulat-bulat dan cuba mintak pandangan emak tersayang. Mak kata masa mak mengandung 10 orang anak mak tu, mak tak pernah miss makan vitamin. Saya pun dengan gembira nya ambik vitamin yang nurse bagi tu tanpa culas.
Namun dugaan masa mengandung,  saya mengalami alahan teruk, berat turun setiap bulan dan paras hb pun rendah. Masa ni saya memang dah kenal Shaklee. Dek alahan yang teruk, apa pun saya tak ingat. Lagi pun sepanjang mengandung saya memang tak dapat tengok skrin laptop atau fon lama-lama. Memang akan muntah teruk. Maka hampir 9 bulan lebih lah saya tidak ber fb. Kawan-kawan ramai yang tidak tahu saya mengandung kecuali yang rapat dengan saya dan keluarga terdekat sahaja. Anak kedua nanti saya akan ambil sepenuhnya shaklee semasa hamil :)

Kalau sayang kan anak dalam kandungan tu, ibu-ibu kena rajin makan vitamin. Sebab pemakanan kita sekarang amatlah tidak seimbang dan berkhasiat. Amalkan seumur hidup lagi bagus. Yalah sekarang ni wanita kan super woman. Multitasker :) 

Status seorang doktor. Jangan pandang remeh ye!



Nak dapatkan vitamin Shaklee?  Hubungi saya sekarang! Konsultasi berterusan untuk anda pelanggan tersayang ♥

Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :) 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Saya Puan Mazuin Ahmad adalah pengedar sah Shaklee anda yang berada di Sri Aman Sarawak. Walk in dan COD sangat dialukan untuk kawasan Sri Aman dan sekitarnya.

Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.


Sabtu, 26 Oktober 2013

Pentingnya vitamin Prenatal untuk ibu hamil



Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana
©      dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
©     mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
©  membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
©     mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.
©     Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama.
Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
©     Iron - untuk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

©     Folic Acid - untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

©     Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

©     Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati-hati, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.



©     Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

©     B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

 ©     Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. 
Suplemen kalsium perlu datang dengan pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral.
 *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembuntukan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

©     Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan kerana pembentukan otak janin baru bermula)


Untuk kesan yang lebih baik, boleh juga mengambil
©     Vitamin C 
©      ESP~ Energizing Soy Protein


Tidak Digalakkan :

©     Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
©     Vitamin A - vitamin A penting untuk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
©     Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus untuk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan untuk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tidak seteruk orang yang tidak pakai seat belt kan? 

Ada kekangan bajet?

Hubungi saya sekarang untuk rundingan. Anda layak mendapat E Book secara percuma.

COD adalah untuk kawasan sekitar Sri Aman. 

Penghantaran secara Poslaju ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Jangan biarkan masalah anda berlarutan.

Facebook ~ Puan Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp ~ 010 5922567