Hari ini tinggal 20 hari menuju tarikh 23 September 2014. Pelbagai peristiwa manis berlaku pada tarikh istimewa itu.
23 September
♥ (2012) hari pertama saya bergelar mama kepada Mieya Izzara. 6.22 a.m.
♥ (2012) Hari pertama menyusukan Mieya Izzara.
♥ (2013) genap setahun menyusukan Mieya Izzara secara eksklusif.
♥ (2014) In shaa Allah genap 2 tahun menyusukan Mieya Izzara.
Menyusukan Mieya Izzara telah menemukan saya kembali dengan Shaklee. Pertemuan kedua yang membuat saya jatuh cinta hingga ke hari ini.
Dengan izin Nya, hati terbuka untuk memberikan yang terbaik buat Mieya Izzara. Perjalanan menyusukan yang penuh warna warni. Peluh dan air mata lenyap apabila melihat buah hati membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.
Terkenang memori mengendong beg dengan alatan pumping ke bilik kelas pemulihan sekolah, mengorbankan masa senggang yang ada demi memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi.
Terkenang pengorbanan seorang ibu. Tak hairanlah walau sebanyak mana jasa kita kepada ibu, tidak mungkin akan dapat membalas pengorbanan seorang ibu. Terima kasih mak.
Semoga sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan dalam mendidik dan mengasihi amanah Allah ini sebaiknya. Jadilah muslimah yang solehah, bahagia dunia akhirat.
Mama loves Mieya Izzara so much ♥♡♥
Ingin mendapatkan konsultasi penyusuan eksklusif secara percuma? Dapatkan set breastfeeding Shaklee anda daripada saya sekarang ♥
Disertakan bersama jadual pengepaman, jadual pemakanan vitamin dan menu untuk ibu menyusu.
Pengedar Sah Shaklee anda yang berpengetahuan dan berpengalaman,
Mazuin Ahmad
0105922567
ID 892182
Memaparkan catatan dengan label Ibu Menyusu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu Menyusu. Papar semua catatan
Rabu, 3 September 2014
Ahad, 9 Jun 2013
Kisah aku seorang blogger
Merupakan seorang anak keenam daripada 9 bersaudara. Anak kepada seorang ibu hebat, Puan Khadizah Sa'at yang gigih membesar dan memberi pendidikan kepada kami setelah pemergian ayah tersayang 13 tahun lalu. Alhamdulilah semua kami 'menjadi'. Walau tidak mewah kami bersyukur atas segala kurnia Nya.
Merupakan seorang isteri merangkap business partner kepada Encik Razis Jermi. Ibu kepada bayi comel berusia 15 bulan yang diberi nama Mieya Izzara. Itulah nyawa saya sejak 15.01.2012 kerana pada tarikh itulah saya sedar akan kewujudannya di dalam rahim saya. Semoga Mieya akan menjadi insan hebat yang faham akan agamanya dan solehah.
Tugas hakiki saya adalah seorang guru Matematik di sebuah sekolah rendah. Saya suka menjadi guru dan sayangkan profession itu namun impian untuk menjadi WAHM, work at home mom telah saya sematkan sejak hari pertama Mieya lahir ke dunia. Alhamdulilah, walaupun hanya menjalankan Shaklee secara part timer, rezeki ada di mana-mana. Mungkin keberkatan daripada berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.
Saya memang minat berniaga. Masa sekolah rendah menjadi pembantu mak jual nasi lemak dan aiskrim. Bila di universiti jual Nutri Metics secara kecil-kecilan untuk kegunaan rakan-rakan.
Dengan Shaklee pulak saya bermula dengan niat nak kurus. Lepas beranak terlalu fobia berat badan naik walaupun masa tu maintain je sebab menyusukan Mieya. Terus ambik Shaklee untuk set ibu menyusu dan penurunan berat badan. Alhamdulilah sampai sekarang mampu kekalkan berat yang saya nak. Saya tak nak kurus macam model sebab sayang baju-baju lama yang geleber. Hehe.
Panjang lebar dah cerita saya ni. Kalau minat nak join jadi member shaklee, boleh je sms/WhatsApp saya 010 5922567. Kita cerita Panjang ye. Badan sihat poket pun ceria :)
Yang penting kena ada hati yang cekal dan tak nak sentap - sentap ye. Satu lagi, jangan beralasan, tapi carilah jalan.
Terima kasih sebab sudi baca.
Assalammualaikum ♥♥♥
♡ wajah terkini kami bertiga ♡
Selasa, 18 Disember 2012
Vitamin Ibu Menyusu
Terlalu banyak kelebihan susu ibu ni...rugi kalau baby kita terlepas peluang mendapatkannya...jangan jadikan tiada air susu sebagai alasan kerana itu semua boleh diatasi dengan pemakanan yang betul dan pengambilan vitamin Shaklee yang sesuai ini...jom tengok pilihan yang ada....
Ini untuk ibu2 yang ada masalah penyusuan dan bekalan air susu yang tidak mencukupi...ibu2 yang ada bajet lebih sikit,ambiklah set ini...memang berbaloi untuk ibu dan baby..ibu sihat,penghasilan air susu yang meriah dan baby yang gembira serta sihat.
Yang ini untuk ibu2 yang ada kekangan bajet...in shaa Allah hasilnya juga memberangsangkan...yang penting usaha dan tawakal kepada Allah agar niat suci kita untuk menyusukan baby akan dipermudahkan.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Langgan:
Catatan (Atom)




